Yayasan AEON Malaysia terus menyantuni kumpulan pelajar dari keluarga B40 menerusi inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu.

200 unit peranti elektronik disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor awal hari ini. Ianya diterima oleh Tuan Haji Shahilon Abd Halim, Timbalan Pengarah (Pendidikan).

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada 41 buah sekolah menengah.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TM, Yayasan Sukarelawan Siswa serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.

Share This Story