Yayasan AEON Malaysia terus mengorak langkah melebarkan sayap menyantuni pelajar yang memerlukan dalam menghadapi pembelajaran dalam talian

Pada 7 September 2021, 200 unit peranti elektronik telah disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Encik Zulkernai Fauzi, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah menerima sumbangan tersebut yang kemudiannya diagihkan kepada 200 pelajar yang layak daripada empat buah sekolah.

Peranti elektronik tersebut lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile tajaan Yayasan TM.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TM , YAYASAN SUKARELAWAN SISWA serta Yayasan Peneraju yang
masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.