Yayasan AEON Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan menerusi inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu.

Hari ini menyaksikan 500 unit peranti elektronik disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ianya diterima oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Puan Hajah Anismah M. Noh.

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada 100 buah sekolah menengah. Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TMYAYASAN SUKARELAWAN SISWA, serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.

AEON Sayap Bagimu beriltizam untuk membantu memperkasakan pembelajaran atas talian bagi pelajar B40 dengan merapatkan jurang yang ada serta mendorong mereka melebarkan sayap untuk terbang tinggi bagi mewujudkan hari esok yang lebih baik.

Share This Story