Yayasan AEON Malaysia telah mengagihkan 200 unit peranti elektronik di negeri Sarawak pada 10 September 2021, menerusi inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu.

Dr. Norisah Haji Suhaili, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak telah mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang menerima sumbangan bagi pihak para pelajar yang memerlukan.

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada 9 buah sekolah menengah.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TM , YAYASAN SUKARELAWAN SISWA serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.

Share This Story