Yayasan AEON Malaysia menyumbang 200 unit peranti elektronik lagi pada 3 September 2021 menerusi inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu.

Sumbangan kali ini disampaikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang diterima oleh Tuan Haji Misri Mistama, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid).

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada 41 buah sekolah menengah.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TM, Yayasan Sukarelawan Siswa serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.

Share This Story