Yayasan AEON Malaysia meneruskan usaha menyantuni mereka yang memerlukan di bawah naungan inisiatif kelestarian untuk negara, Sayap Bagimu.

Sebanyak 200 unit peranti elektronik telah disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang diterima oleh Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 9 September 2021.

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile seterusnya diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada lapan buah sekolah menengah dalam menyokong pembelajaran mereka.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TMYAYASAN SUKARELAWAN SISWA serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.