Yayasan AEON Malaysia meneruskan misi untuk menyantuni komuniti kurang berkemampuan dengan menyalurkan sumbangan daging sedekah bersempena dengan perayaan Aidiladha.

Yayasan AEON Malaysia meneruskan misi untuk menyantuni komuniti kurang berkemampuan dengan menyalurkan sumbangan daging sedekah bersempena dengan perayaan Aidiladha.
Melalui program AEON Mesra Aidiladha, pihak yayasan telah bekerjasama dengan pusat membeli-belah AEON, AEON BiG dan AEON Credit Service di seluruh negara.
Dengan jumlah sumbangan sebanyak 620KG iaitu bersamaan dengan 6 ekor lembu yang telah diagihkan kepada 470 buah keluarga di seluruh negara. Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penerima semasa sambutan perayaan Aidiladha.
Pihak Yayasan AEON Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dan semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan mengeratkan lagi ikatan yang terjalin sesama kita.

Share This Story