Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah meraikan lebih kurang 100 orang kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan di pasar raya AEON Mall Tebrau City, Johor dalam kempen AEON Mesra Krismas 2022.

Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah meraikan lebih kurang 100 orang kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan yang dikenalpasti di Johor Bharu dengan membawa mereka membeli belah di pasar raya AEON Mall Tebrau City, Johor Sabtu lalu dalam kempen AEON Mesra Krismas 2022.

Bagi program tersebut, MAF telah bekerjasama dengan beberapa Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Suria, Pusat Kebajikan Kalvari dan Pertubuhan Kebajikan Penyayang Permata Hati. Selain dari jawatankuasa MAF dan pihak pengurusan AEON CO., aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan dari Kumpulan Syarikat AEON (AEON Group of Companies) di Malaysia.

Melalui kempen AEON Mesra tahun ini MAF telah berjaya menyantuni lebih daripada 2000 orang kanak-kanak seluruh negara dengan jumlah sumbangan melebihi RM350,000 dalam bentuk barangan keperluan perayaan kepada keluarga yang memerlukan dan juga rumah-rumah kebajikan.

Share This Story