Yayasan AEON Malaysia (MAF) bekerja sama dengan AEON Credit Service (ACS) dan AEON Group Malaysia meneruskan kesinambungan inisiatif AEON Bersamamu melalui program Keluarga Anda Misi Kami atau K.A.M.I. di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, Malaysia.
Yayasan AEON Malaysia (MAF) bekerja sama dengan AEON Credit Service (ACS) dan AEON Group Malaysia meneruskan kesinambungan inisiatif AEON Bersamamu melalui program Keluarga Anda Misi Kami atau K.A.M.I. di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya Sabtu lepas.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ar. Kamarul Hisyam H. Yeop Hashim, Ahli Majlis Zone 4 MBSJ dan Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden Yayasan AEON Malaysia.
Inisiatif K.A.M.I tahun ini menumpukan lokasi bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan yang menetap di Lembah Klang khususnya di Kawasan Projek Pangsapuri Kos Rendah (PPKR) melalui 3 fasa.
Fasa pertama ini merupakan permulaan fasa pertama program K.A.M.I. di mana fokusnya bertumpu kepada mengenali dengan lebih dekat keluarga di kawasan terabit melalui pelbagai aktiviti riadah dan kemasyarakatan.