YAYASAN AEON MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR

Kuala Lumpur, 31 Disember 2021

Yayasan AEON Malaysia (MAF) terus melebarkan sayapnya menyantuni mereka yang memerlukan, selaras dengan objektif penubuhannya. Terkini, Yayasan AEON Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Pada 30 Disember 2021, Yayasan AEON Malaysia di bawah program AEONBantu bersama-sama dengan lebih daripada 100 orang sukarelawan AEON yang terdiri daripada 25 kakitangan AEON CO. (M) BHD., 27 kakitangan AEON BiG (M) Sdn. Bhd., 33 kakitangan AEON Credit Service (M) Bhd., dan 17 kakitangan AEON Delight (M) Sdn. Bhd. telah berganding bahu dan bertungkus-lumus membantu penduduk setempat serta pengendali perniagaan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terkesan dengan banjir yang telah melanda.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan selama tujuh (7) jam bermula dari 10.00 pagi. Ianya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah kawal selia Leftenan Kolonel Beh Kok Yew, Pegawai Pemerintah Batalion Regimen 502 (Askar Wataniah), Kem Sungai Buloh.

Para sukarelawan AEON dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan sistematik dan efektif. Kumpulan-kumpulan tersebut diberi tugas yang berbeza seperti membersihkan kawasan halaman rumah, jalanraya dan longkang, perabot dan barang-barang yang masih boleh digunakan, membuang barangan yang rosak, melakukan aktiviti membersihkan lumpur menggunakan pancutan air, membersihkan fasiliti kemudahan awam dan juga membersihkan sampah sarap selepas banjir.

Menurut Datin Noryahwati Mohamad Noh, Presiden, Yayasan AEON Malaysia, “Kami di Yayasan AEON Malaysia sentiasa prihatin dengan mereka yang memerlukan dan akan sentiasa menghulurkan bantuan justeru program-program kemanusiaan yang dijalankan samada secara bersendirian atau menerusi kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)”.

“Program-program kemanusiaan yang dijalankan merangkumi sumbangan barangan, kewangan serta tenaga kerja para sukarelawan yang sejajar dengan salah satu nilai murni konsep Keluarga Malaysia iaitu; Keterangkuman yakni saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga dan satu sama lain”, ujar Datin Noryahwati.

Terdahulu pada 23 Disember 2021, Yayasan AEON Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. 600 pek sumbangan yang mengandungi barangan seperti peralatan kebersihan dan kesihatan, sabun, pelitup muka, tuala, tuala wanita dan kain selimut telah diagihkan. Ianya membabitkan satu pusat pemulihan banjir iaitu Masjid Kampung Jawa, Hulu Langat serta dua pusat kutipan bantuan iaitu Stadium Tertutup Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Petaling.

Sebelum itu, Yayasan AEON Malaysia menghulurkan bantuan pada 19 Disember 2021 kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan seperti makanan kering, minuman serta barangan kebersihan dan kesihatan diagihkan kepada 450 keluarga di tiga pusat bantuan iaitu SK Agama Kg. Ginching, Sepang; SK Kg. Baharu Lanjut, Sepang; SMK USJ, Subang Jaya dan juga PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam. Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pasukan daripada kementerian turut hadir di dua pusat bantuan di Sepang.

Inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan AEON Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir adalah sejajar dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 12 – Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, yang memberi tumpuan ke arah memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Ia juga untuk memastikan penggunaan sumber yang baik, meningkatkan kecekapan tenaga, infrastruktur yang mampan, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, kelestarian dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.