AEON BUKA PASAR RAYA KE-35 DI SETIA ALAM

Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 – AEON CO. (M) BHD. atau AEON memulakan sambutan ulang tahun ke-40 dengan cemerlang dengan pembukaan rasmi cawangan ke-35 di Setia Alam. Pasar raya yang dikenali sebagai AEON Setia Alam ini merupakan satu lagi titik penting setelah kejayaan membuka cawangan Putrajaya hanya setahun yang lalu.

Terletak di Setia Alam Mall, AEON Setia Alam mempunyai lantai jualan seluas 148,243 kaki persegi yang merangkumi tiga tingkat, menawarkan lokasi membeli-belah yang selesa untuk pengunjungnya. Beroperasi setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, pasar raya ini mampu menyediakan pengalaman membeli- belah yang istimewa.

Teruja dengan pembukaan baru ini, Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON, berkata bahawa AEON Setia Alam direka sebagai destinasi serba lengkap yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

Beliau juga menyatakan AEON yakin dengan pembukaan cawangan baru ini akan menambah nilai kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara serta menyumbang kepada perkembangan positif dalam sektor peruncitan. Dengan penambahan AEON Setia Alam, AEON kini akan beroperasi dengan 35 AEON Stores, di samping 28 AEON Malls, 3 MaxValu, 4 MaxValu Prime Supermarkets, 65 AEON Wellness dan 45 DAISO di seluruh negara.

Upacara pelancaran tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri da Kos Sara Hidup (KPDN), Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON CO. (M) BHD. dan barisan Pengarah Urusan Kumpulan AEON yang lain.

AEON Setia Alam menyediakan tempat membeli-belah yang direka khusus untuk peminat fesyen dari pelbagai peringkat umur. Ia menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit, solekan, minyak wangi, dan jenama fesyen eksklusif seperti SCAR, Plus Collection, Guys’ Vision, dan banyak lagi. Ia juga menampilkan jenama Inner Casual (iC) yang menawarkan pakaian dalam, pakaian sukan, dan pakaian kasual inspirasi fesyen Jepun.

Seperti pasar raya AEON yang lain, AEON Setia Alam juga menjual produk Top Valu yang memberikan pelanggan pelbagai produk berkualiti tinggi seperti barang runcit, keperluan isi rumah, dan barangan harian. Terdapat juga jenama Home Coordy yang menampilkan pelbagai hiasan rumah dan perabot.

AEON Setia Alam menyajikan pelanggan dengan barang-barang runcit segar dan pilihan hidangan lazat, termasuk bento, sushi, dan pelbagai pilihan manisan. Coco Café menawarkan hidangan segar yang panas, manakala La Boheme menampilkan roti segar dan pelbagai jenis bakeri.

Sempena dengan pembukaan rasmi ini, “AEON Members” akan menerima pemberian istimewa apabila mereka membeli-belah di AEON Setia Alam dengan menggunakan kad AEON Member Plus Visa, AEON Wallet, atau melalui aplikasi iAEON. Setiap ahli AEON akan menerima baucar bernilai RM10 dengan setiap pembelian RM100 dalam satu resit. Mereka juga boleh mendapatkan satu set pinggan mangkuk seramik eksklusif dengan pembelian minimum RM300 dalam kombinasi maksimum 2 resit. Terokai lebih banyak tawaran menarik melalui laman web runcit AEON dan platform media sosial.

Secara keseluruhannya, AEON Setia Alam merupakan destinasi membeli-belah utama untuk seisi keluarga yang menawarkan sesuatu untuk semua orang. Falsafah”Pelanggan Didahulukan” AEON sentiasa beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.

Acara ini menyaksikan Yayasan AEON Malaysia (MAF) menyumbangkan RM10,000 kepada empat buah badan pertubuhan amal iaitu Persatuan Kebajikan dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, dan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kukuh AEON terhadap tanggungjawab sosial korporat dan memberi balik kepada masyarakat.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.
Find out more

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.
Find out more

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.
Find out more

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.
Find out more