PROJEK KOMUNITI BERSAMA HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK SEMPENA ULANG TAHUN AEON MALAYSIA KE-40

Kuala Lumpur,24 Januari– AEON CO. (M) BHD. (AEON Malaysia) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk program tanggungjawab sosial korporat di Hospital Orang Asli Gombak sempena meraikan sambutan ulang tahun AEON yang ke-40 tahun ini.

Majlis ini disempurnakan dengan sesi lawatan ke Hospital Orang Asli Gombak bagi menyampaikan pemberian sumbangan kepada ibu dan juga ibu yang bakal melahirkan bayi di hospital tersebut oleh Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut serta adalah Dr. Izandis Mohamad Sayed, Pengarah Hospital Orang Asli, Gombak dan YBrs Dr Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia.

Menurut Dr Kasuma, “Pihak AEON amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak KKM. Ini merupakan antara salah satu usaha kami bergerak bersama Kerajaan untuk menyediakan sokongan emosi, mental dan fizikal pasangan yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata mereka.”

“AEON akan terus komited dengan jalinan kolaborasi ini agar manfaat terbaik dapat diberi secara berterusan bagi memastikan kami dapat berkongsi keriangan bersama mereka.” tambah beliau.

Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob juga menzahirkan rasa kesyukuran atas kerjasama strategik di antara AEON dan KKM ini. Inisiatif ini dapat menyokong aspirasi KKM untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan lebih saksama dan mampan.

Dalam masa yang sama, sokongan padu daripada rakan kolaborasi AEON juga membantu merancakkan lagi program ini.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.
Find out more

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.
Find out more

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.
Find out more

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.
Find out more