PRODUK BAKERI AEON BIG TERIMA SIJIL HALAL AEON BIG TERUS PACU USAHA BAWA PRODUK HALAL KEPADA PELANGGAN

Kuala Lumpur, 22 September 2022 – AEON BiG (Malaysia) Sdn. Bhd. (AEON BiG) memberikan keselesaan pengunjung khasnya yang beragama Islam apabila produk bakeri LaBoheme di pasar raya besar tersebut menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penyerahan sijil halal telah dilakukan oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG di sebuah majlis yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Majlis tersebut juga disaksikan oleh pegawai jemputan dari JAKIM dan dihadiri juga oleh Datuk Iskandar Sarudin, Pengarah AEON BiG serta Dr. Kasuma Satria Mat Jadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dalaman Halal AEON BiG.

Menurut Sheikh Farouk, “AEON BiG berasa amat bersyukur kerana usaha kami untuk mendapatkan pengiktirafan halal oleh JAKIM ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak JAKIM atas kerjasama yang diberikan selama ini. Usaha ini juga tidak akan berhasil tanpa kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua warga kerja yang terlibat,”

“Kami amat menitik beratkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasar raya besar kami. Ianya termasuk juga mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM di mana pelanggan kami yang beragama Islam khasnya tidak akan merasa was-was,”

La Boheme merupakan produk bakeri AEON yang boleh didapati di AEON BiG dan juga di pasar raya AEON yang lain. Ia menawarkan pelbagai produk bakeri segar yang dibuat setiap hari termasuk pastri dan puding. Pelbagai inovasi juga dilakukan terhadap produk-produk yang dijual bagi memberi variasi kepada pelanggan.

“Bagi mendapatkan sijil pengiktirafan ini secara rasmi, setiap perincian harus ditelliti untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah yang halal, berkualiti dan selamat.” ujar beliau lagi.

Majlis ini juga turut menyediakan pameran dan jualan serta acara perkongsian maklumat (pocket talk) berkenaan pensijilan halal JAKIM.

Selain pengiktirafan yang diterima ini, AEON BiG juga sentiasa memacu perniagaannya dengan membantu pengusaha-pengusaha kecil sederhana (PKS) memasarkan produk halal mereka melalui 21 cawangannya di seluruh negara. Barubaru ini AEON BiG telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman berjenama BubblesO2 untuk memasarkan produk terbaharu mereka di semua cawangan pasar raya besar AEON BiG di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimetrai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggannya, AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antaranya kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.