“MAKANAN HALAL: SELERA SEDUNIA” PERKUKUHKAN KEYAKINAN PENGGUNA PADA LOGO HALAL PRODUK IMPORT DI AEON

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2024 – AEON CO. (M) BHD (AEON) hari ini melancarkan program Makanan Halal: Selera Sedunia, sebuah inisiatif selama dua hari yang diadakan di AEON Mall Shah Alam bermula 5 Oktober 2024.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya pelanggan AEON tentang logo halal dan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Melalui inisiatif ini, AEON ingin memastikan pelanggannya tidak akan berasa ragu terhadap produk halal luar negara yang dijual di semua cawangan AEON.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON CO. (M) BHD.

Pameran yang berlangsung selama dua hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk forum dan sesi ‘pocket talk’ yang membincangkan peranan JAKIM dan KPDN dalam memastikan kesahihan logo halal pada produk luar negara yang memasuki pasaran Malaysia. AEON turut mempamerkan produk di bawah jenamanya, TOPVALU, yang dibawa masuk dari Jepun. Pameran ini turut disertai oleh rakan niaga AEON yang memasarkan produk makanan import halal mereka ke AEON seperti GBA, KMT, Sangla Food, Nguan Seng dan Almond Koka.

“Sebagai peruncit yang mempunyai rangkaian ekosistem yang luas di negara ini, AEON sentiasa menitikberatkan kualiti dan kebersihan setiap produk yang dijual. Ini termasuk memastikan terdapat logo halal yang sah terutamanya untuk produk import. Ini merupakan hak pengguna kami,” kata Datuk Iskandar.

Beliau menambah, “AEON sentiasa komited di dalam memastikan semua produk makanan sedia untuk dimakan memenuhi piawaian pensijilan halal tertinggi. Antaranya dengan menubuhkan Jawatankuasa Halal AEON pada tahun 2010. ‘Sistem Jaminan Halal’ juga diwujudkan untuk memantau segala aktiviti pemilihan, penerimaan, penyediaan dan jualan produk. Audit dalaman halal pula dilaksanakan oleh juruaudit bahagian Pengurusan Kualiti dan pegawai halal di setiap cawangan AEON sepanjang tahun.”

AEON juga merupakan peruncit pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal untuk produk sushinya. Setakat ini, AEON memegang lebih daripada 130 sijil halal bagi makanan yang dihasilkan di dapur mereka, termasuk dapur utamanya di Shah Alam.

Dalam ucapannya, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im mengucapkan penghargaan kepada AEON atas usaha meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pensijilan halal yang diiktiraf, terutamanya dari badan-badan luar negara.

Menurut beliau lagi, peruncit memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan produk halal mematuhi Akta Perihal Dagangan. Mereka adalah barisan hadapan yang dapat mengawal rantaian bekalan dan memastikan produk yang dijual kepada pengguna mematuhi piawaian halal yang ketat.
Setakat Mei 2024, terdapat 88 buah badan pensijilan halal luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-40 AEON di Malaysia. AEON akan terus menawarkan pilihan dan kualiti terbaik kepada setiap pelanggannya serta akan terus mendekati pelanggannya melalui pelbagai aktiviti yang akan mencipta senyuman dan mengikat hati.

The event was a special occasion for AEON, graced by the presence of Akio Yoshida, President of AEON Co., Ltd. Japan; Takahashi Katsuhiko, the Japanese Ambassador to Malaysia; and Datuk Iskandar Sarudin, Chairman of AEON. Also attending was YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Deputy Minister of Domestic Trade and Costs of Living.

-Tamat-

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.