AEON MESRA SPREADS FESTIVE JOY AMONG UNDERPRIVILEGED CHILDREN IN SARAWAK

Pulau Pinang, 26 Mac 2023 – Dalam merealisasikan misi membantu para pelajar mendapatkan suasana pembelajaran yang terkini dan berkualiti, Yayasan AEON Malaysia (MAF) melancarkan projek kelas pintar (Smart Classroom) yang akan melibatkan sejumlah 23 ribu orang pelajar sekolah.

Projek Smart Classroom merupakan kolaborasi MAF bersama Yayasan Didik Negara (YDN) iaitu sebuah yayasan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang berfungsi untuk menyelaraskan setiap sumbangan untuk impak yang optimum.

Majlis pelancaran projek Smart Classroom ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia bertempat di Sekolah Kebangsaan Mengkuang di Pulau Pinang pada 26 Mac lepas.

Sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan untuk projek ini yang akan dilaksanakan di 40 buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah kebangasaan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan.

Projek Smart Classroom ini melibatkan kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan kemudahan bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Ini termasuk pemasangan penghawa dingin yang baharu, papan putih interaktif (Interactive White Board), perabot dan peralatan lain untuk bilik darjah.

Ia akan menjadi sebuah platfom yang mampu melonjakkan potensi dan bakat pelajar di sekolah serta memberi peluang menyesuaikan diri dengan dunia pendigitalan teknologi pintar seiring perkembangan teknologi pada masa kini.

“MAF akan melaksanakan projek Smart Classroom ini di dalam dua fasa, iaitu pada fasa pertama melibatkan kesediaan infrastruktur untuk sekolah. Melalui kerjasama pelbagai pihak, fasa pertama ini telah dilaksana sepenuhnya. Fasa kedua pula akan ditumpukan kepada para guru bagi membantu mereka mengadaptasi sistem ini ke dalam kurikulum mereka.” kata Datin Noryahwati Mohamad Noh, Presiden, Yayasan AEON Malaysia.

“Kaedah pembelajaran terkini sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih interaktif dan menarik minat pelajar. Kami merasa amat berbesar hati atas kerjsama yang diberikan oleh semua pihak dalam melaksanakan misi untuk terus membantu mempertingkatkan mutu pendidikan negara.” sambung beliau lagi.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YDN, Dato’ Hj. Pkharuddin Hj. Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan Tuan Haji Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang.

Projek ini merupakan lanjutan dari inisiatif “AEON Sayap Bagimu” di mana sejumlah 4,150 unit tablet telah diagihkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Inisiatif ini dijalankan bagi membantu merapatkan jurang pembelajaran para pelajar yang terkesan semasa pandemik COVID-19.
Projek ini adalah selaras dengan usaha MAF untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) SDG 16 – yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat .

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.
Find out more

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.
Find out more

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.
Find out more

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.
Find out more