KOLABORASI AEON DELICATESSEN X TOPVALU MEMPERKENALKAN CIPTAAN PRODUK INOVATIF
Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 – AEON memperkenalkan kolaborasi menarik antara AEON Delicatessen dan jenama persendiriannya, TOPVALU. Kerjasama ini menghasilkan 37 item produk unik yang dicipta untuk meningkatkan rasa, kualiti dan nilai untuk para pelanggan.
Majlis pelancaran yang diadakan pada hari Sabtu lalu di AEON Mall Shah Alam dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk demonstrasi masakan secara langsung yang menampilkan produk AEON Delicatessen seperti Delica, Coco Café, dan Sushi, bersama dengan sesi “food tasting” dan cabutan bertuah.
Kerjasama eksklusif ini menggabungkan kreativiti kulinari AEON Delicatessen dengan bahan-bahan berkualiti tinggi TOPVALU untuk menghasilkan menu yang pelbagai termasuk sushi, roti, summer roll, pencuci mulut, pratha dan banyak lagi. Kolaborasi ini memperkukuhkan komitmen AEON untuk terus memperkenalkan perisa baharu dan menarik yang selari dengan cita rasa pelanggan yang sentiasa berubah.
Sebanyak 15 produk TOPVALU telah digunakan dalam penyediaan menu baharu ini, antaranya sosej ayam koktel, biskut pecan walnut, pes sambal tumis, bertih jagung (popcorn) dan pratha. Setiap ramuan dipilih dengan teliti dan dihasilkan mengikut piawaian kualiti yang ketat bagi memastikan tahap keselamatan, kebersihan dan kecemerlangan sentiasa terjamin.
Menerusi kerjasama ini, AEON mengukuhkan aspirasinya untuk terus mempertingkatkan cita rasa, kreativiti dan kualiti keseluruhan dalam rangkaian makanan di bawah jenama AEON Delicatessen. Hasilnya ialah satu rangkaian produk makanan yang enak dan mampu milik, direka khas untuk memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan sambil mengekalkan kepercayaan dan inovasi AEON dalam penawaran makanan runcit.





