Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON

Shah Alam, 8 April 2021 

Semestinya kehadiran Ramadan al-Mubarak sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bulan yang penuh kemuliaan bagi masyarakat beragama Islam, ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Walaupun rakyat di seluruh dunia di duga dengan pandemik COVID-19, AEON Malaysia peka akan hal ini dan akan terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan melalui Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON – “Raikan dengan Kesyukuran”.

Menariknya tema bagi Ramadan-Raya Bersama AEON pada tahun ini, ia dilihat sebagai usaha untuk menyemai perasaan rasa rendah diri dan menyemarakkan rasa kesyukuran di saat keadaan semasa yang sukar.

Menurut Ketua Pegawai Operasi AEON Malaysia, Sunny Setiawan, Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON bukan sekadar kempen semata-mata, ianya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal dengan penuh kesyukuran menerusi produk-produk AEON yang berpatutan.

“Walaupun kita semua akan menyambut Ramadan dalam suasana pandemik, AEON sentiasa prihatin dalam memastikan barangan keperluan mencukupi dan menepati citarasa pelanggan supaya rakyat dapat membuat perencanaan dan persediaan dengan lebih baik”, ujar beliau.

Sepanjang kempen ini berlangsung, pengunjung berpeluang untuk melihat koleksi Raya AEON yang nyata memberi kelainan pada tahun ini. Menariknya, buat julung kali, AEON mengadakan Persembahan Fesyen Ramadan-Raya, Gaya Tatarias oleh pereka fesyen terkemuka tanah air – Calvin Thoo dan Salikin Sidek. Pertunjukan fesyen ini turut mendapat tajaan alat solek dari i Style Academy, sebuah akademi profesional untuk Mekap, Gaya Rambut dan Imej yang mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan UK West College Scotland International Partnership Centre.

Bukan itu sahaja, Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON turut menampilkan kolaborasi di antara AEON dan selebriti terkemuka tanah air melalui Bazar Selebriti yang akan berlangsung di AEON Mall Shah Alam bermula pada 10 April 2021. Bazar Selebriti ini bertujuan untuk mengiktiraf, meraikan dan mengangkat karya, rekacipta dan produk anak-anak bangsa. Antara selebriti yang terlibat adalah Nabil Ahmad, Dato’ Norman KRU, Kumpulan Rabbani, Rozita Che Wan, Saharul Ridzwan dan Siti Nordiana.

Manakala program Dapur Selebriti vs Dapur CEO (pengurusan atasan AEON Malaysia) akan menawarkan juadah-juadah kegemaran ramai hasil resipi tersendiri. Antara selebriti terlibat adalah Alif Satar, Dato’ Khatijah Ibrahim, Black Hanifah, Fizo Omar dan Saharul Ridzwan. Juadah-juadah ini akan dijual di semua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara bermula 12 April 2021.

Ujar Sunny lagi, “apa yang unik dengan program yang berobjektifkan kelestarian komuniti ini adalah ia akan bersaing untuk mendapatkan jualan yang terbaik, bagi memenuhi sasaran 2,000 unit tablet untuk disumbangkan kepada pelajar yang layak. Setiap RM10 jualan daripada Dapur Selebriti vs Dapur CEO, RM1 akan disumbangkan untuk pembelian tablet.

“Ini selaras dengan wawasan AEON dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan ke-4 dan 8, iaitu memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua (SDG 4). Juga mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang menyeluruh, produktif serta sesuai kepada semua (SDG 8)”, tambah beliau.

Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON pada tahun ini turut menjanjikan satu kelainan di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai atau cashback dan pelbagai hadiah menarik seperti cabutan bertuah Duit Raya bernilai RM250,000.00 dengan berbelanja sebanyak RM100 dalam satu resit melalui kad VISA atau mana-mana AEON, AEON BiG, MaxValu, Wellness Stores dan AEON Mall.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.