“RAIKAN 101 HARI BERSAMA AEON – SAMA SAMA LAGI BEST” Kempen Bersepadu AEON Group Yang Pertama
Menawarkan Penjimatan Hebat dan Mempertingkatkan Perkhidmatan Nilai Tambah Sempena Bulan Ramadhan dan Hari Raya Yang Akan Tiba!
Kuala Lumpur, Mac 12, 2020
Bagi menangani kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19, AEON Group mengambil langkah proaktif dengan membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk melaksanakan operasi pembersihan dan sterilisasi di setiap kedai yang terdapat di setiap cawangan AEON. Usaha ini bukan sahaja menawarkan ketenangan fikiran dan pengalaman membeli-belah yang selamat, sekaligus, ia menjadikan kempen bersepadu ini lebih baik dalam meningkatkan jualan dan menggalakkan perbelanjaan di AEON.
Kempen ini dikenali sebagai “RAIKAN 101 HARI BERSAMA AEON- SAMA SAMA LAGI BEST“, bertujuan untuk menawarkan penjimatan yang hebat dan peluang untuk menikmati perkhidmatan and pengalaman nilai tambah semasa mereka berbelanja di bulan Ramadhan dan musim perayaan Syawal. Selari dengan itu, kempen bersepadu ini yang melibatkan penyertaan AEON CO., AEON BiG dan AEON Credit Services akan bermula pada 20 Mac 2020 dan berakhir pada 28 Jun 2020. Ia akan diadakan di seluruh AEON Group yang akan melibatkan 34 Stor AEON, 28 Pusat Beli-Belah AEON, 23 Stor BiG, 9 Stor MaxValu Prime, 74 AEON Wellness dan 24 Daiso Specialty Stores.
Mengulas mengenai Kempen ini, Encik Shafie Shamsuddin, Ketua Pengarah Eksekutif, AEON Retail (Malaysia) berkata “Kami amat teruja dengan inisiatif bersepadu ini sebagai sebuah Kumpulan yang melibatkan kedua-dua entiti runcit dan kewangan kami. Sekaligus, menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutamanya pada waktu kegetiran ekonomi sekarang,” tambah beliau.
KEMPEN 2020 “RAIKAN 101 HARI BERSAMA AEON – SAMA SAMA LAGI BEST” yang dianjurkan oleh pihak AEON Group ini akan berlangsung di seluruh Malaysia. Menariknya kempen ini, ia dapat menggalakkan penggunaan kad AEON Member Plus (AMP), dimana ahli AEON Member Plus (AMP) dapat menikmati faedah tambahan, loyalty dan kad prabayar boleh digunakan di kedua AEON Co. (M) dan AEON BiG.
Pengarah Urusan AEON Credit Services (M) Berhad, Encik Yuro Kisaka berkata, “Merujuk kepada hal berkaitan COVID-19, kita perlu berhati-hati dalam mengurus kehidupan seharian kita dan menghadkan risiko jangkitan virus di permukaan tangan apabila kita menerima wang tunai dari seorang ke seorang. Dengan kad AEON Member Plus, kami ingin menggalakkan pembeli untuk memuat turun dan memanfaatkan AEON Wallet bagi memudahkan pembayaran tanpa perlu membuat transaksi tunai atau memegang sebarang tunai. Kini di era tanpa tunai, kad AEON Member Plus dan AEON Wallet menyediakan pembayaran mudah serta kemudahan dalam sebarang urus niaga pembayaran, dimana ia memudahkan pelanggan kami setiap kali mereka berbelanja.”
Kempen ini akan dilancarkan pada 20 Mac 2020 pada acara eksklusif, “All Night Sale” yang akan bermula pada pukul 6 petang dan akan berakhir pada pukul 6 pagi pada hari berikutnya. Sejajar dengan itu, ia akan diadakan di semua pusat beli-belah AEON, Stor AEON, AEON Wellness, AEON Daiso dan kedai AEON BiG terpilih. Acara yang akan berlangsung ini bakal disiarkan secara ‘live’ di laman sosial Facebook AEON Retail.
“Kami percaya bahawa KEMPEN 2020 “RAIKAN 101 HARI BERSAMA AEON – SAMA SAMA LAGI TERBAIK” ini akan diterima baik kerana para pelanggan akan dapat membelanjakan wang dengan bijak, menikmati tawaran hebat serta penjimatan dan pengalaman perkhidmatan yang bernilai tambah. Dengan kejayaan kempen ini, kami akan dapat menganjurkan lebih banyak inisiatif ini pada masa akan datang, “kata Shafie.