BERKAT KORBAN 2.0 – AEON Prihatin Terhadap Ibadah Umat Islam Daripada Masjid Ke Pusat Beli-Belah

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2021 

AEON CO. (M) BHD. (AEON) sekali lagi berkolaborasi dengan Grup Transformasi Ruminan (GTR) dalam menganjurkan Program “Berkat Korban 2.0” buat umat Islam yang menyambut Sambutan Aidiladha pada tahun ini. Kolaborasi ini merupakan susulan kepada Program Berkat Korban 1.0 yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun lalu yang mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak.

Program ini merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang berdepan dengan kesulitan dalam melaksanakan ibadah korban terutama sekali ketika negara ini masih lagi berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Menurut Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Group Malaysia, “Ketika kita masih lagi berhadapan dengan situasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara susulan penyebaran pandemik COVID-19, pelbagai usaha telah diambil dalam mengadaptasi situasi kehidupan ‘norma baharu’ ini.”

“Kita dapati pada masa ini, terdapat kekangan ke atas masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia dalam melaksanakan ibadah korban. Memahami kesulitan yang dihadapi, AEON berbesar hati menyediakan platform bagi memudahkan pelanggan mengamalkan ibadah korban melalui Program Berkat Korban 2.0 di mana kesemua daging korban yang dibungkus akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah untuk umat Islam menyempurnakan ibadat tersebut”, tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi Koop GTR, Nordin Mat berkata, “Kolaborasi di antara AEON dan GTR tidak dapat disangsikan lagi kerana program ini telah pun dijalankan bersama pada tahun lalu dan menerima sambutan yang memberangsangkan. Diharap inisiatif seperti ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam tidak kira latar belakang mahupun tahap ekonomi seseorang kerana mereka mempunyai peluang yang sama untuk melakukan ibadah korban”.

Tambahnya lagi, “Program Berkat Korban 2.0 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu. Program ini menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing. Seekor lembu seberat 210kg – 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah berjumlah RM880. Manakala harga seekor kambing seberat 28kg – 30kg adalah berjumlah RM1,200. Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf”.

“GTR menghargai inisiatif yang diambil oleh AEON dan diharap ianya mendapat perhatian daripada orang ramai dalam menjadikan Program Berkat Korban 2.0 ini sebagai platform untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan”, ujar Nordin.

AEON mensasarkan sebanyak 500 ekor lembu dan 300 ekor kambing untuk program ini. Bagi tujuan pembayaran dan tempahan, pelanggan hanya perlu hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau layari laman sesawang https://fresh.myaeon.com.my/microsite/berkat-korban bermula 27 April sehingga 15 Julai 2021. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Berkat Korban 2.0, para pelanggan boleh menghubungi Cik Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.