AEON sumbang 300 motosikal dan tawar peluang pekerjaan sebagai AEON Rider kepada mereka yang terkesan oleh Covid19

Kuala Lumpur, 06 Ogos 2020 

Kumpulan Syarikat AEON Malaysia melalui Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah menyumbang sebanyak 300 motosikal baharu yang berlangsung hari ini di AEON Mall, Shah Alam. Inisiatif yang dilancarkan oleh kumpulan syarikat tersebut adalah hasil daripada Kempen “Berkat Ramadan – AEON Bersamamu” sempena bulan Ramadan lepas, yang mana hasil sumbangan daripada jualan ayam di outlet AEON Retail (AEON, AEON BiG & MaxValu Prime) di seluruh negara berjaya mengumpulkan RM1.45 juta untuk projek AEON Rider, projek untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat wabak COVID19.

AEON Rider yang terpilih akan diberikan kontrak pekerjaan dengan gaji kasar sebanyak RM1,200 bagi tempoh setahun dengan tambahan caj penghantaran. Selepas tempoh setahun dengan prestasi kerja yang memuaskan, setiap seorang daripada 300 AEON Rider yang terlibat akan diberikan hakmilik kekal motosikal dan pilihan untuk menjadi pekerja tetap di Syarikat AEON Malaysia.

Turut hadir merasmikan majlis tersebut, Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang memuji usaha AEON dalam memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan dan menyumbang kepada pelan pemulihan ekonomi Kerajaan.

Bercakap di majlis yang sama, Shafie Shamsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Retail Malaysia dan Datin Yasmin Ahmad Merican, Presiden Yayasan AEON Malaysia.

Dalam merasmikan projek AEON Rider, Shafie Shamsuddin berkata “Wabak COVID19 secara automatik telah mengubah secara drastik kehidupan masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan banyak syarikat terjejas serta ramai hilang pekerjaan. Disebabkan itu, AEON Retail Malaysia tampil untuk mengubah kehidupan mereka yang kehilangan pekerjaan oleh wabak ini. Berkolaborasi bersama Yayasan AEON Malaysia, AEON Rider mampu meningkatkan keupayaan kami untuk menjalankan beberapa program bersama Yayasan yang memerlukan kecekapan perkhidmatan penghantaran”.

MAF telah menjalankan aktiviti-aktiviti amal bagi pihak Kumpulan Syarikat AEON Malaysia selama lebih 20 tahun, yang mana ia aktif dalam aktiviti memberikan sokongan dan bantuan sepanjang tempoh PKP bukan sahaja kepada mereka yang kurang bernasib baik, malah kepada barisan petugas hadapan. Antara inisiatif yang dianjurkan MAF adalah program ‘Take a Break’ di mana Yayasan telah menderma kerusi lipat dan kotak-kotak barangan kelengkapan rumah ke hospital-hospital, termasuklah produk penjagaan diri, bekalan makanan selama seminggu dan air mineral untuk setiap dua minggu kepada petugas barisan hadapan.

Program tahunan yang dikenali sebagai “AEON Mesra” yang mana MAF menjemput kanak-kanak kurang berkemampuan ke AEON Mall di seluruh negara sempena musim perayaan untuk membeli ‘baju raya’ juga tetap diteruskan dengan menggunakan pendekatan inovatif walaupun berlakunya PKP.

“AEON Mesra adalah salah satu program kegemaran kami, terutama apabila melihat wajah ceria anak-anak berbelanja untuk diri sendiri dan orang yang tersayang, ia antara saat yang dinantikan oleh pekerja dan sukarelawan dari kumpulan syarikat kami yang menyertai dan menyumbang setiap tahun. Secara tradisinya, kami akan menjemput kanak-kanak ini ke pusat membeli-belah sempena musim perayaan, tetapi atas faktor kesihatan, kami menganjurkan penghantaran barangan atau menghasilkan cara lain untuk mendekati mereka. Sebagai contoh semasa bulan Ramadan, kami memberikan kad prabayar AEON kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat untuk membeli di outlet AEON mengikut SOP yang telah ditetapkan semasa PKP”, jelas Datin Yasmin Ahmad Merican.

Sepanjang tempoh PKP, MAF telah menyumbang hampir RM400,000 berbentuk wang dan lain-lain bantuan dan dalam masa yang sama meneruskan misinya yang setakat ini telah menyumbang hampir RM11 juta kepada aktiviti kebajikan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Kumpulan Syarikat AEON, Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON Company Malaysia Berhad; En. Ng Eng Kiat, Pengerusi AEON Credit Service Malaysia Berhad dan rakan niaga Kumpulan AEON.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.