Yayasan AEON Malaysia menerusi inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu menyerahkan 500 unit peranti elektronik hari ini kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ianya diterima oleh Encik Mohd Najib Ab Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD) bagi pihak jabatan.

Peranti elektronik tersebut yang lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada 89 buah sekolah menengah.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Yayasan TMYAYASAN SUKARELAWAN SISWA serta Yayasan Peneraju yang masing-masing memainkan peranan sebagai Rakan Utama dan Penyokong inisiatif ini.

AEON Sayap Bagimu beriltizam untuk membantu memperkasakan pembelajaran atas talian bagi pelajar B40 dengan merapatkan jurang yang ada serta mendorong mereka melebarkan sayap untuk terbang tinggi bagi mewujudkan hari esok yang lebih baik.

Share This Story