AEON RETAIL MALAYSIA TEKAD MEMBANTU MEREKA YANG KEHILANGAN PEKERJAAN MELALUI KEMPEN ‘BERKAT RAMADAN – AEON BERSAMAMU’

Kempen membeli sambil menderma ini menyasarkan jualan ayam sebanyak 1 juta ekor dan RM1 daripada jualan setiap ekor ayam di semua rangkaian outlet AEON di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan akan didermakan kepada tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia (MAF).

Kuala Lumpur, 22 April 2020 

AEON Retail Malaysia akan melancarkan Kempen Berkat Ramadan – AEON Bersamamu bermula 23 April sehingga 24 Mei 2020 bertujuan untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19. AEON menyasarkan sebahagian daripada kutipan jualan ayam sepanjang bulan Ramadan ini untuk tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia. Tabung ini akan digunakan untuk membeli motosikal yang akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka akan diambil bekerja sebagai penghantar barangan (Delivery Rider) di premis-premis AEON di seluruh negara. Motosikal tersebut akan menjadi milik mereka sepenuhnya setelah setahun perkhidmatan tertakluk kepada terma dan syarat pihak syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEON Co (M) Berhad, Shafie Shamsuddin, “Wabak COVID-19 mengubah kehidupan penduduk dunia secara mendadak menyebabkan banyak syarikat terkesan dan ramai orang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. Menyedari perkara ini, AEON Retail Malaysia terpanggil untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan menerusi kempen Berkat Ramadan – AEON Bersamamu, di mana RM1 daripada setiap ekor ayam yang terjual di rangkaian pasaraya AEON di seluruh negara akan didermakan kepada Yayasan AEON Malaysia untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Kami menyasarkan jualan 1 juta ekor ayam dan sebagai tanda komitmen AEON Retail Malaysia, kami akan meletakkan RM100 ribu sebagai dana permulaan untuk tabung kebajikan Yayasan AEON Malaysia”.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), sebanyak 46.6% orang yang bekerja sendiri telah atau akan kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19. Majoriti mereka merupakan pekerja yang terlibat di dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.

“AEON Retail Malaysia akan bekerjasama bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan PERKESO bagi memastikan mereka yang terpilih sebagai penghantar barangan AEON mendapat latihan yang baik dan perlindungan yang mereka perlukan sebelum memulakan tugas, selain itu, kami juga bercadang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan penaja yang lain untuk menjaya dan merealisasikan hasrat murni ini”, kata Shafie.

AEON Retail Malaysia berharap inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas dengan menjana sumber pendapatan di samping mengambil keberkatan bulan Ramadan.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.