AEON RAIKAN KEUSAHAWANANDATO’ SRI SITI NURHALIZA

Kempen ‘AEON LOVES SIMPLYSITI’ di AEON ALPHA ANGLE memberi akses penuh kepada komuniti dan pelanggan untuk jenama SIMPLYSITI sempena RAMADAN-RAYA 2022

Kuala Lumpur, 23 April 2022

Sejarah di antara AEON Malaysia dan biduanita terkenal tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah bermula sejak tahun 2002 lagi apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza dinamakan duta tabung kebajikan ‘With All Our Hearts’ yang membantu kanak-kanak yang memerlukan di seluruh negara. Kini di tahun 2022, dua puluh tahun kemudian, di lokasi yang sama, AEON Malaysia mengumumkan penyatuan semula kolaborasi dan kali ini sebagai rakan kongsi perniagaan menerusi kempen AEON LOVES SIMPLYSITI – menjadikan AEON pasar raya terkemuka yang pertama menjual produk kosmetik SimplySiti bersama produk kecantikan dan kesihatan, BeauSiti berserta jenama Afiya untuk produk fabrik dan tudung.

Kempen AEON LOVES SIMPLYSITI ini bertujuan membawa pengalaman istimewa rangkaian jenama SimplySiti yang merangkumi penjagaan serba sempurna kecantikan dan kesihatan. Sebagai kejutan istimewa, ‘AEON People’ di AEON Alpha Angle diberi peluang untuk memakai produk-produk hebat SimplySiti untuk menjadikan mereka sebagai jurucakap autentik bagi memperkenalkan SimplySiti kepada pelanggan-pelanggan lain. Kempen ini juga diperluaskan kepada semua pengunjung AEON Alpha Angle dan seterusnya ke seluruh komuniti Wangsa Maju dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cara bermekap yang pelbagai, pensampelan produk dan tawaran unik.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, “AEON Alpha Angle menjemput semula Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan ikon usahawan negara sebagai komitmen 100% Komuniti AEON untuk turun padang sekaligus memberi akses kepada Dato’ Sri Siti dan produk-produk beliau yang banyak memberi inspirasi. Kami percaya dengan penglibatan secara langsung sebegini yang menonjolkan kejayaan keusahawanan, ianya akan memupuk persekitaran komuniti yang sentiasa berkembang terutama dari segi kelestarian.”

Sementara itu, Dato’ Sri Siti meluahkan penghargaan beliau kepada AEON Malaysia atas kolaborasi yang berprospek ini.

“Saya percaya gabungan AEON dan SIMPLYSITI sebegini mampu memberikan kepuasan kepada peminat dan pelanggan dengan memperibadikan cara SimplySiti dialami pengguna. Penekanan untuk mensahihkan setiap keperluan berbeza pengguna sememangnya sesuatu yang merupakan keutamaan SimplySiti,” tambah penghibur tersebut.

Pelancaran kempen ini turut memperkenalkan set eksklusif dengan harga mampu milik dari produk SimplySiti yang hanya boleh didapati di AEON antaranya Set Eksklusif Roseship, Set Eksklusif Penjagaan Kulit Dermagic Luxe dan Set Eksklusif Pearl.

Kempen ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, ‘Raya Penuh Makna’. Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di https://www.aeonretail.com.my/promotion/Raya_2022/index.html

Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17.  Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.