AEON Rai Pemenang Peraduan Spend & Win

Johor Bahru, 1 Mei 2021 

Dua pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Spend & Win berbentuk sebuah kenderaan Perodua Axia dan motosikal Modenas anjuran AEON CO. (M) BHD.

Menurut Pengurus Kanan AEON Wilayah Selatan, Meszakini Maserom, peraduan Spend & Win ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada AEON.

Ujar beliau lagi, penyertaan adalah terbuka kepada para pelanggan AEON yang membeli-belah di semua cawangan AEON Retail, AEON Mall, AEON BiG dan penyewa-penyewa ruang niaga AEON.

Pelanggan layak menyertai program ini dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit. Ia juga boleh disertai melalui pembelian atas talian dengan jumlah pembelian RM150 ke atas dalam satu resit. Program Spend & Win menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta, motosikal, barang kemas, barangan elektronik dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000”, tambah Meszakini.

Majlis penyerahan hadiah program Spend & Win @Johor yang diadakan di AEON Mall, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru merupakan sesi yang pertama. Dua hadiah utama dimenangi oleh Haziq Abd Ghaffar dan Lew Hui Ching yang masing-masing membawa pulang Perodua Axia 1.0 AV dan motosikal Modenas CT1155. Sementara itu, seramai enam orang pemenang saguhati turut membawa pulang hadiah berupa barangan kemas Tomei, Gintell dan telefon mudah alih jenama Oppo A93.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Johor Darul Ta’zim.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Adib Azhari Daud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru; Puan Zeti Zanariah Masiran, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Setia Austin; serta ASP Tuan Mazlan Murshidi, Ketua Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

AEON akan mengumumkan lima lagi pemenang hadiah utama di lima lokasi yang berlainan di mana peserta yang menyertai program Spend & Win masih berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kenderaan, sebuah motosikal dan hadiah-hadiah menarik yang lain.

Program Spend & Win yang bermula pada 23 Disember 2020 ini akan berakhir pada 19 September 2021.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.