AEON Mall Bandaraya Melaka menjadi hos untuk program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) – Peringkat Negeri Melaka.

AEON Mall Bandaraya Melaka menjadi hos untuk program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) – Peringkat Negeri Melaka pada 24 – 27 Februari 2022.

JTDL merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperkasakan lagi program-program seperti ini dan sekali gus membantu rakyat di kawasan bandar dan luar bandar dalam menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Program tersebut disertai oleh 18 orang usahawan yang menjual komoditi utama hasil keluaran petani yang berkualiti dan unik, antaranya Jambu Lohan Melaka, Jagung Manis Mantin, Melon Manis Terengganu, Limau Bali, pelbagai jenis klon durian Pahang dan Nanas MD2 Johor.

Share This Story