AEON lancar Rahmah Raya sambut seruan kerajaan laksana Jualan Rahmah

Kuala Lumpur, 6 March 2023 – AEON CO. (M) BHD. atau AEON hari ini melancarkan Rahmah Raya bagi pelanggannya untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Rahmah Raya merupakan satu insiaitif AEON seiring dengan Program Payung Rahmah yang dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan B40 dan miskin tegar menempuh kos sara hidup.

Majlis pelancaran Rahmah Raya telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di cawangan AEON terbaharu, AEON Putrajaya. Turut hadir ialah Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON.

Rahmah Raya AEON merupakan salah satu inisiatif untuk membantu ekosistem AEON yang memerlukan khasnya bagi persiapan Ramadan dan Hari Raya.

Melalui program ini, di bawah Jualan Rahmah, AEON akan menawarkan 30 produk terpilih yang dijual pada harga yang lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.

Selain itu AEON juga akan menyediakan set menu Rahmah yang berharga RM4.90 dan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, AEON dan AEON BiG juga akan menyumbangkan Bakul Rahmah di semua 35 cawangan AEON dan 21 cawangan AEON BiG.
Sumbangan sejumlah RM168 ribu ini terdiri daripada barang keperluan harian dan persiapan Ramadan serta Aidilfitri akan disampaikan kepada 1140 keluarga B40 dan golongan miskin tegar selama 3 bulan.

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON, “Kami sentiasa menyokong hasrat Kerajaan di dalam misi membantu golongan yang memerlukan dan menyambut baik akan insiatif Payung Rahmah ini. Kami bersyukur kerana melalui program ini AEON dapat melaksanakan hasrat Kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian,”

“Walau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan memastikan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang. Golongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan AEON sentiasa berada dekat di hati mereka.” tambah beliau.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.