AEON LANCAR PROGRAM KARNIVAL BUMI KENYALANG DAN MENGANJURKAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA UNTUK MENINGKATKAN NILAI PRODUK TEMPATAN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2022 – AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (Malaysia) Sdn. Bhd. (AEON) meneruskan misinya untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang diadakan di AEON Mall Shah Alam dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2022.

Program ini adalah kerjasama antara AEON, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan (MINTRED), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pelancongan Sarawak. Acara ini mengetengahkan produk dan perkhidmatan daripada 36 usahawan dari Sarawak yang terkenal. Karnival 7 hari ini juga akan menampilkan keindahan tarian dan kesenian tradisional Sarawak.

Ia merupakan usaha daripada kumpulan AEON, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk merangsang perbelanjaan tempatan dalam kalangan pengguna dan seterusnya menyumbang kepada pemulihan ekonomi.

Menurut Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, “Kami sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menyokong pengusaha tempatan dan memperkasakan barangan buatan Malaysia. Inisiatif sebegini merupakan salah satu nilai teras AEON yang sentiasa kami amalkan untuk menyokong pertumbuhan komuniti tempatan
kami dan bertindak sebagai warga korporat yang baik dalam berkhidmat kepada masyarakat. Kami mengalu-alukan mana-mana usahawan tempatan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama kami.”

Program Karnival Bumi Kenyalang tahun ini merupakan kali yang kedua dilaksanakan oleh AEON di mana Karnival Bumi Kenyalang yang pertama telah dilangsungkan di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2020.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat dan Mantan Menteri MINTRED. Turut hadir di majlis tersebut adalah, Nikk Adam Abdillah Kipalli, Pengarah SEDC, Mohd Shahran bin Arshad, Ketua Sektor (Operasi) KPDNHEP Selangor, Siti Rohani binti Omar, Ketua Seksyen KPDNHEP Selangor dan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG.

Bersempena dengan bulan Kebangsaan 2022, program ini juga akan diwarnai oleh pameran dan jualan sebagai tumpuan utama karnival yang merupakan kesinambungan daripada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang telah dilancarkan oleh KPDNHEP sebelum ini. Produk-produk yang dipamer dan dijual adalah makanan dan minuman orang Sarawak, tekstil dan pakaian, perhiasan dan kraftangan, kecantikan dan kesihatan serta pelancongan dan perkhidmatan. Jualan ini bertujuan sebagai inisiatif bagi memperkasakan produk-produk tempatan yang berkualiti daripada Sarawak dan peluang kepada usahawan bagi menjana semula pendapatan yang terjejas pasca COVID-19.

Karnival Bumi Kenyalang, yang merupakan sebahagian daripada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), adalah salah satu contoh di mana AEON ingin mewujudkan kesedaran tentang produk tempatan dengan memperkasakan usahawan tempatan untuk keluar dari kawasan mereka dan berkongsi keindahan dan keistimewaan produk dan perkhidmatan dalam pasaran domestik.

Selain produk dari Sarawak, program tersebut juga mempromosikan produk-produk KBBM yang hanya boleh didapati di cawangan pasara raya besar AEON BiG. Inisiatif AEON ini juga sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.