AEON KUKUHKAN INDUSTRI RUNCIT SERANTAU DENGAN INISIATIF BELI-BELAH RENTAS SEMPADAN

Johor Bahru, 7 April 2025 – AEON melancarkan AEON MALL Shopping Tour Program di AEON Mall Bukit Indah, Johor Bahru, menandakan satu lagi pencapaian baharu dalam pengalaman beli-belah rentas sempadan khasnya bagi pengunjung dari Singapura.

Majlis pelancaran yang diadakan pada 28 Mac lalu diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia, Tourism Singapore, dan EU Travel Expo. Ia dilaksanakan atas kejayaan daripada kempen Black Friday Midnight Sale 2024, yang telah menarik ramai pembeli dari Singapura yang ingin meneroka pengalaman beli-belah di Johor Bahru.

AEON MALL Shopping Tour Program yang bermula dari Mac hingga Mei 2025 menawarkan percutian beli-belah yang lancar dan menyeronokkan untuk penduduk Singapura. Pengunjung disediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma dari lokasi utama seperti Bugis MRT dan Jurong East. Inisiatif ini membolehkan pengunjung menikmati terapi beli-belah dengan lebih mudah dan selesa.

Menurut Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON, komitmen syarikat terhadap pengembangan runcit rentas sempadan selaras dengan visi strategik untuk memperkukuh ekosistem beli-belah serantau. Dengan memanfaatkan rangkaian runcit yang luas dan kerjasama strategik, AEON terus menerajui inisiatif inovatif yang meningkatkan pengalaman pelanggan serta menjadikan Johor Bahru sebagai destinasi beli-belah utama bagi pelawat antarabangsa. Program ini dijangka meningkatkan jumlah pengunjung dan jualan di AEON Malls sekitar Johor Bahru, sekali gus memperkukuh kedudukan bandar ini sebagai hab runcit utama bagi pelancong antarabangsa, khususnya dari Singapura.

Di hari pelancaran, para pengunjung menikmati pengalaman beli-belah yang eksklusif di beberapa AEON Malls di Johor Bahru, termasuk AEON MALL Tebrau City, AEON MALL Bandar Dato’ Onn, AEON MALL Bukit Indah, dan AEON MALL Kulaijaya. Pengunjung menikmati pengalaman beli-belah yang memuaskan dan menarik melalui diskaun sehingga 50%, penebusan hadiah premium eksklusif, hadiah percuma, dan baucar tunai.

Pengunjung juga turut memuji perkhidmatan bas ulang-alik yang selesa, lengkap dengan Wi-Fi dan hiburan di dalam bas, menjadikan perjalanan mereka lebih menyeronokkan. Acara ini berjaya mempamerkan keunggulan runcit, gaya hidup, dan hiburan Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen AEON Mall Malaysia dalam menyediakan pengalaman beli-belah yang luar biasa kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi AEON Mall yang akan datang, layari laman web rasmi AEON Mall Malaysia atau ikuti kami di media sosial.

-End-

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.