AEON dan Alif Satar Berganding Bahu Bantu Golongan Terkesan Akibat Covid-19 Melalui Kempen Beli dan Derma Nasi Ayam Sambado

Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 

Penularan COVID-19 telah mengakibatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia terkesan dari aspek sosial dan ekonomi. Dalam usaha untuk membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak ini, AEON Retail Malaysia (AEON) telah menganjurkan kempen “Cabaran SAMBADO” yang mana orang ramai boleh membeli sambil menderma produk Nasi Ayam SAMBADO (Nasi Ayam Sambal Abang Sado) dengan kerjasama selebriti terkenal tanah air, Alif Satar.

“Saya sedih melihat ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Tambahan pula, saya sendiri pernah mengalami keperitan penyakit ini. Disebabkan itu, saya tergerak untuk memainkan peranan secara langsung dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui kerjasama dengan AEON yang mempunyai nilai-nilai murni dan sangat komited membantu pertumbuhan masyarakat setempat”, kata Alif Satar.

Shafie Shamsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, AEON berkata, “Penularan COVID-19 telah mengajar kita agar lebih bersyukur dan paling penting bersedia untuk membantu antara satu sama lain terutamanya masyarakat setempat. Berpegang kepada falsafah ini, AEON berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Alif Satar melalui penganjuran kempen membeli sambil menderma sebagai langkah serampang dua mata; di mana AEON menyokong peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui konsep Cloud Kitchen dan dalam masa yang sama orang ramai dapat beramal melalui pembelian 10 percuma 1 Nasi Ayam SAMBADO.”

Shafie juga berkata, “Setiap 10 peket penjualan Nasi Ayam SAMBADO, satu peket akan disumbangkan kepada golongan B40, golongan yang kehilangan pekerjaan dan hilang punca pendapatan. Kami menyasarkan jualan harian 20 ribu peket Nasi Ayam SAMBADO di seluruh negara menerusi rangkaian lebih dari 65 cawangan AEON iaitu Pasaraya AEON GMS (34), AEON BiG (22) dan AEON MaxValu (9). Ini bermakna dua ribu peket Nasi Ayam SAMBADO akan disumbangkan secara percuma setiap hari. Sumbangan ini akan diagihkan oleh cawangan-cawangan kami pada hari berikutnya dan pihak AEON akan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan ini.”

“Sado bukan sahaja bermaksud berotot atau memiliki fizikal yang kuat, tetapi ia juga merupakan simbol kekuatan dalam bekerjasama seperti kerjasama AEON dengan para pelanggan setia kami, rakan perniagaan dan seluruh rakyat Malaysia. Kami komited untuk terus berdiri bersama-sama dan membantu masyarakat Malaysia yang terkesan akibat wabak ini”, tambah beliau. Menurut Shafie lagi, AEON juga berhasrat untuk merekrut lebih dari 400 orang rider tambahan untuk perkhidmatan penghantaran. AEON menawarkan pekerjaan sebagai rider sepenuh masa (motosikal percuma akan diberikan) dan rider flexi (menggunakan motosikal sendiri).

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin berkata, “Khidmat penghantaran makanan mendapat permintaan yang tinggi sejak penularan COVID-19. Melalui konsep Cloud Kitchen, AEON akan menyediakan ruang dapur kepada peniaga PKS dan makanan tersebut akan dijual melalui aplikasi AEON MAKAN atau menerusi laman sesawang di makan.myaeon.com.my.

“Konsep ini dapat membantu peniaga untuk mengekalkan aliran tunai mereka dan dalam masa yang sama ia dapat menjimatkan kos perniagaan kerana tidak perlu mengeluarkan modal dan kos operasi harian yang tinggi”, tambah Azidah.

Nasi Ayam SAMBADO boleh terus dibeli di AEON Delicatessen, menerusi aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN atau menerusi laman sesawang di makan.myaeon.com.my yang dilancarkan baru-baru ini.

Disamping kempen membeli sambil menderma, AEON turut menganjurkan pertandingan Cabaran SAMBADO. Peserta dikehendaki mencipta dan memuatnaik video kreatif melalui aplikasi TikTok dengan kapsyen #AEONSAMBADOchallenge. Pemenang video yang paling kreatif berpeluang untuk bertemu Alif Satar dalam satu sesi istimewa.

Selain daripada Nasi Ayam SAMBADO, AEON turut menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan membantu lebih daripada 250 usahawan tempatan untuk menempatkan produk-produk mereka di AEON. Tahun lalu jualan kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berjumlah lebih RM19.8 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23% berbanding RM15.2 juta jualan PKS tahun sebelumnya. Peningkatan ini berikutan inisiatif AEON membuka lebih luas pasaraya-pasarayanya untuk usahawan-usahawan di bawah bimbingan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FELDA, MARA, FAMA, MADA, Kraftangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.