AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan misi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan Malaysia.

AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan misinya untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang diadakan di AEON Mall Shah Alam dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2022. Program tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat dan Mantan Menteri MINTRED.

Bersempena dengan bulan Kebangsaan 2022, program ini juga akan diwarnai oleh pameran dan jualan sebagai tumpuan utama karnival yang merupakan kesinambungan daripada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang telah dilancarkan oleh KPDNHEP sebelum ini.

Karnival Bumi Kenyalang, yang merupakan sebahagian daripada KBBM, adalah salah satu contoh di mana AEON ingin mewujudkan kesedaran tentang produk tempatan dengan memperkasakan usahawan tempatan untuk keluar dari kawasan mereka dan berkongsi keindahan dan keistimewaan produk dan perkhidmatan dalam pasaran domestik.

Selain produk dari Sarawak, program tersebut juga mempromosikan produk-produk KBBM yang hanya boleh didapati di cawangan pasara raya besar AEON BiG.