AEON BiG telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup dan membuka lebih luas peluang pekerjaan.

Di dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup dan membuka lebih luas peluang pekerjaan, AEON BiG telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2022 pada 22 Julai lalu.

Majlis yang bertujuan bertujuan untuk mendokong pembangunan kemajuan masyarakat Orang Asli itu dianjurkan oleh JAKOA di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Ianya dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Majlis tersebut juga meraikan Tok Batin di setiap daerah perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Di dalam majlis tersebut, AEON BiG menyediakan gerai pengambilan pekerja dan gerai beli-belah yang menjual barangan keperluan dengan harga berpatutan termasuk jenama ‘in-house’ iaitu, TopValu dan BiG Value. AEON BiG juga telah menawarkan potongan harga istimewa kepada masyarakat Orang Asli apabila mereka membeli-belah di AEON BiG.

Share This Story