AEON BiG PERKEMBANGKAN PROGRAM PAYUNG RAHMAH

Lancar Inisiatif Sukan Rahmah bagi meneruskan usaha kerajaan

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini melancarkan Program Inisiatif Sukan Rahmah bagi mempromosi dan menyokong aktiviti sukan tempatan di Malaysia, selain membina hubungan yang lebih kukuh dalam kalangan komuniti.

Antara objektif Program Inisiatif Sukan Rahmah ini adalah membuka lebih banyak akses kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki peralatan sukan sekaligus membantu mereka mengembangkan bakat sukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis pelancaran Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di AEON BiG Klang. Turut berada di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Melalui Program ini, AEON BiG menyediakan lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan dengan pembeli boleh menikmati diskaun antara 10 hingga 30 peratus. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023, dan bertepatan dengan sambutan Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada awal bulan Oktober nanti.

Menurut Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, “Kami amat berbesar hati atas kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dalam meneruskan inisiatif Rahmah melalui amalan sukan dan gaya hidup yang sihat. Kami sentiasa menyokong hasrat Kerajaan dalam misi membantu golongan yang memerlukan. AEON BiG telah menyambut baik insiatif Payung Rahmah cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan kami ingin memperkembangkan lagi usaha ini ke bidang sukan.”

“AEON BiG sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang. Bidang sukan pula merupakan salah satu bidang yang amat dekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia. Kami amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk mendekatkan lagi ekosistem kami dengan sukan,” tambah beliau.

Penglibatan AEON BiG dalam bidang sukan bukanlah sesuatu yang baharu. Dengan falsafah untuk menawarkan “pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat” kepada pelanggan, kolaborasi dan penajaan bersama beberapa badan sukan negara adalah salah satu bukti usaha berterusan AEON BiG untuk menyokong aktiviti sukan dan gaya hidup sihat di Malaysia. Untuk tahun 2023 ini, AEON BiG telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Football League, Selangor FC dan Liga Besbol Kebangsaan.

Inisiatif Sukan Rahmah yang digiatkan oleh AEON BiG diharap dapat menggalakkan lagi promosi dan penglibatan komuniti serta orang ramai dalam arena sukan tempatan, di samping mengukuhkan lagi hubungan sihat dalam komuniti dan seterusnya membina masyarakat yang lebih aktif, sihat dan berdaya saing.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.