AEON BiG melancarkan Program Rahmah merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat

AEON BiG melancarkan Program Rahmah merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi selain merancakkan sektor ekonomi negara.

Menerusi Jualan Rahmah AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.

AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 saja. Manakala bagi Pakej Rahmah, AEON BiG menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 yang akan dijual di seluruh cawangan AEON BiG.

Selain itu sumbangan Bakul Rahmah kepada 180 keluarga daripada kumpulan B40 dan miskin tegar di enam negeri terpilih iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang juga diadakan pada hari perasmian tersebut.

Pelancaran Program Rahmah AEON BiG telah disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub di AEON BiG Wangsa Maju pada Isnin lalu. Turut serta Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengurus Besar AEON BiG.

Share This Story