AEON BiG Batu Pahat, Johor terus menyokong hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mempromosikan Program Jualan Keluarga Malaysia.

AEON BiG Batu Pahat, Johor terus menyokong hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mempromosikan Program Jualan Keluarga Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Batu Pahat pada 12 dan 13 Mac lalu.

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berlangsung di perkarangan pintu masuk utama AEON BiG Batu Pahat tersebut bertujuan membantu pengguna mendapatkan barangan harian permintaan tinggi seperti ayam, telur, minyak masak, tepung dan barangan proses dengan harga yang berpatutan.

Ini merupakan acara PJKM kedua yang diadakan di lokasi tersebut setelah program pertama mendapat sambutan yang menggalakkan pada 22 Februari lalu. PJKM yang ketiga juga dijangka akan diadakan di AEON BiG Batu Pahat pada 26 hingga 27 Mac nanti.