AEON BERKOLABORASI DENGAN NAELOFA TAWAR TUDUNG EKSLUSIF

Kuala Lumpur, 2 April 2024 – AEON Mall berkolaborasi bersama selebriti terkenal Naelofar untuk menghasilkan koleksi tudung Naelofar yang eksklusif dan terhad, khas untuk pelanggan yang berbelanja di AEON MALL.

Majlis pelancaran kolaborasi ini telah diadakan di AEON Mall Shah Alam pada 27 Mac lalu dengan kehadirian selebriti Neelofa, yang turut dimeriahkan oleh peminat beliau. Majlis tersebut juga diserikan dengan pertunjukan fesyen yang memperagakan tudung dan busana koleksi Naelofar. Para pengunjung juga berkesempatan bertemu dengan Neelofa dalam sesi ‘meet and greet’.

Koleksi tudung yang dihasilkan melalui kolaborasi ini hanya akan dikeluarkan sebanyak seribu unit sahaja. Pelanggan AEON MALL berpeluang menebus koleksi ini secara percuma dengan berbelanja sebanyak RM900 (ahli AEON) dan RM1000 (bukan ahli AEON) dan RM700 (pemegang kad BSN) dalam gabungan tiga resit maksimum pada hari yang sama.

Perbelanjaan perlu dilakukan di kedai atau butik yang berada di dalam AEON Mall bermula 5 Mac hingga 14 April 2024. Koleksi ini hanya boleh ditebus di AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Bandaraya Melaka dan AEON Mall Bukit Mertajam.

Pada Ramadan tahun lepas AEON juga telah bekerjasama dengan salah seorang selebriti melalui promosi Raya Paling Gempak 2023. Kolaborasi sebegini merupakan salah satu usaha AEON menghargai kesetiaan pelanggannya dengan menyediakan sesuatu yang istimewa untuk mereka. Di samping dapat memeriahkan lagi suasana Aidilfitri yang bakal menjelang, inisiatif ini juga dilihat sebagai salah satu sokongan dan promosi kepada para usahawan tempatan untuk memperluaskan peluang perniagaan mereka.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.