AEON MESRA DEEPAVALI CELEBRATES THE UNDERPRIVILEGED FOR A JOYFUL DEEPAVALI
Rasa Korea hebat, mudah dinikmati dan tentunya lazat
Juala Lumpur, 7 October 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama MAMEE-DOUBLE DECKER DISTRIBUTION (M) SDN BHD bahagian MAMEE FOOD SERVICE untuk menghasilkan pilihan produk makanan untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut dihadiri oleh Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Turut hadir ialah wakil pengurusan daripada kedua-dua belah pihak dan media.
Menurut Azidah, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk. Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini.
“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” katanya.
Kolaborasi antara AEON dan MAMEE ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. Pilihan makanan ini bertumpu kepada produk-produk yang ditawarkan di Delicatessen dan La Boheme seperti Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set), Sosej Jagung Mini, Peha Ayam Suku BBQ Kogi, Set Ayam Korea, K-Spiced Sup Oden, Ban Ayam Kimchi, Ban Ayam DAEBAK dan Piza Ayam DAEBAK ⅙.
Produk-produk ini boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022 dan AEON BiG mulai 17 Oktober 2022.
Jennifer Chee pula berkata, “MAMEE FOOD SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON. Yang lebih menarik,
konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini.”
Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung.
Kolaborasi AEON dan Mamee ini sudah pastinya memberi senyuman kepada pelanggan AEON untuk mencuba pilihan produk ala Korea semasa kempen AEON x DAEBAK ini. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan lagi keupayaan AEON untuk menawarkan lebih banyak pilihan produk merangkumi pastri, set makanan, dan banyak lagi di semua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara.