AEON BERKOLABORASI DENGAN KEWPIE TAMBAH KEENAKAN RANGKAIAN PRODUK AEON DELICATESEN 

Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 – AEON sekali lagi melakukan inovasi kepada produknya apabila berkolaborasi bersama Kewpie untuk memberi variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor.

Melalui kolaborasi ini, AEON Delicatessen akan menambah mayo berperasa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri, dan delica. Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, “Kami sentiasa ingin mempertingkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami. AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonnaise dan dressings di negara ini.”

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Soon Soo Choong, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON; dan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON. Majlis pelancaran tersebut juga dimeriahkan dengan acara ‘treasure hunt’ dan beberapa aktiviti lain yang menghiburkan.

Menurut Naoya pula, “Pelancaran ini juga merupakan salah satu usaha AEON untuk mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40. Saya sangat bersyukur kerana AEON telah berkembang maju, dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini.”

AEON Delicatessen sentiasa memperluas jangkauannya dengan memperkenalkan pelbagai produk baru. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen dengan memperluaskan rangkaian produknya. Pada masa ini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama iaitu Coco Café, sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik; La Boheme, yang menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding yang segar; La Boheme Coffee, yang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan Sucrée Amor yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.