YAYASAN AEON MALAYSIA SUMBANG MOTOSIKAL
BANTU PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA MADANI

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Yayasan AEON Malaysia menyumbang 70 buah motosikal terpakai kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantu pelajar terpilih menjalani latihan kemahiran mereka.

Motosikal terpakai tersebut disumbang bagi kegunaan latihan kemahiran khususnya di Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) di seluruh Malaysia. Ia seterusnya akan di serahkan kepada pelajar B40 terpilih di ILKBS.

Sesi penyerahan tersebut disempurnakan oleh Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia di Kementerian Belia dan Sukan bersama Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON merangkap Setiausaha Yayasan AEON Malaysia, disaksikan oleh Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan di dalam sebuah majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara AEON dan BPKB, KBS yang diadakan di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju.

Yayasan AEON Malaysia merupakan cabang tanggungjawab korporat AEON yang melaksanakan pelbagai program bantuan dan sokongan untuk komuniti yang memerlukan. Ia juga melaksanakan inisiatif membimbing generasi muda dalam menangani cabaran sosial masa kini tanpa mengira bangsa dan agama, dan seterusnya mengembangkan potensi mereka demi masa depan yang lebih bermakna.

Motosikal tersebut merupakan antara kenderaan yang digunapakai semasa kempen AEON Berkat Ramadan Yayasan AEON Malaysia. Ia merupakan salah satu inisiatif membantu golongan belia yang terkesan semasa pandemik COVID 19 waktu itu.

AEON menyumbangkan motosikal ini kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka akan diambil bekerja sebagai penghantar barangan (Delivery Rider) di premis-premis AEON di seluruh negara.

Menurut Dr. Kasuma Satria, “Kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang 70 buah motosikal kepada Institusi Latihan Kemahiran Belia hari ini. Kami juga amat berbesar hati dapat berkerja sama KBS di dalam Program Pembangunan Belia Madani oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ini merupakan satu detik bersejarah bagi AEON di dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan BPKB, KBS dalam bidang pembangunan kemahiran belia.”

“Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi AEON bagi menyokong perkembangan komuniti tempatan dan bertindak sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelestarian.” sambung beliau.

Melalui persefahaman tersebut skop kerjasama di antara AEON dan KBS antaranya menyediakan penempatan latihan industri atau On-Job-Training (OJT), peluang pekerjaan kepada pelajar ILKBS, bantuan khidmat nasihat, penyertaan di dalam Program Career Fest ILKBS anjuran KBS dan sumbangan lain seperti latihan, peralatan, penyelenggaraan dan tenaga pakar.

Inisiatif ini selaras dengan wawasan AEON dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan ke-8 iaitu mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang menyeluruh, produktif serta sesuai kepada semua.

Share This Story

Get to know AEON

Media Relations

Media representatives, we’d love for you to get in touch. Let’s get to know each other better.

Corporate Fact Sheet

Discover all the important facts about the AEON Corporation.

Our History

It’s been a long and rewarding journey from our humble start in Japan to being one of Malaysia’s leading retailers.

Meet Our Leaders

An organisation is only as good as the people within in. The AEON Leadership Council operates with a clear vision to dedicate themselves to improving the lives of our customers.